Laut Aral pada dahulnya merupakan laut yang keempat terbesar didunia. Terletak diantara negara Uzbekistan dan Kazakhstan, ianya digelar laut dan bukannya tasik kerana ianya berair masin. Nama Laut Aral secara kasar diterjemahkan sebagai"Laut Kepulauan", merujuk pada lebih dari 1.500 pulau di kawasan ini.
Laut ini dikatakan kering berpunca dari pemanasan global. Selain itu, penggunaan air secara berlebihan ketika area Soviet Union juga salah satu faktor yang mngakibatkan laut ini megalami penyusutan melampau. Sungai yang sepatutnya mengalir ke lautan ini telah dialirkan ke kawasan lain ketika pemerintahan pihak Russia untuk salah satu projek mereka pada ketika itu.
Penyusutan Laut Aral
Akibat perkara ini,ianya bukan sekadar merugikan rakyat dan negara kerana kehilangan salah satu sumber bekalan makanan.Ianya juga menyebabkan perubahan iklim setempat yang melampau.Kawasan ini telah berubah seperti kawasan padang pasir ketika musim panas, dan suhunya turun mendadak ketika musim sejuk.Lautan ini juga turut tercemar dan mengakibatkan masalah kesihatan kepada penduduk setempat.
Industri perikanan yang dahulunya pernah bekembang maju di kawasan Laut Aral juga telah musnah ekoran penyusutan air. Airnya menjadi terlebih masin dan menyebabkan tiada hidupan mampu hidup di dalamnya. Beribu-ribu kapal terdampar di kawsan darat kini sejak bekurangnya air di kawaan ini.
Pada tahun 2005, pihak Kazakhstan (Laut Aral Utara) cuba berikhtiar untuk menyelamatkan laut di kawasan mereka. Sungai-sungai kembali dialirkan ke arah Laut Aral untuk menaikkan paras air. Pada tahun 2008, usaha ini membuahkan hasil apabila, ikan-ikan serta tumbuhan laut kembali hidup di perairan ini. Namun di Uzbekistan, masih tiada berita untuk Laut Aral Selatan.
Bersyukurlah kita masih lagi hidup di negara yang aman dan cukup makan pakainya. Sama-samlah kita berdoa supaya Laut ini kembali ke keluasan asalnya untuk penduduk di kedua buah negara ini yang majoritinya beragama Islam.