apa kau tidak terlihat
bukti depan matamu,
langit yang di tigngikan,
gunung ganang yang di tegakkan,
permaidani bumi yang di hamparkan,
masih kah tidak cukup,
dengan bukti bukti ini,
langit sebagai bumbungmu,
gunung-ganang sebagai dindingmu,
tanah sebagai tapakmu,
untuk kau selayaknya merasa rendah diri,
untuk kau hina menunduk padaNya.
cuba kau merantau,
mencari mana penghujung,
mencari mana mulanya,
andai kau jumpa,
tunjukkan padaku,
kerana aku tahu,
itu hanya khayalan bodohmu,
menipu pada hak Zatnya yang satu,
hanya dia yang Pencipta mampu membuat sebegitu..