Sabtu, 19 November 2011



What am I doing...

Since I know that I have to put more effort

To strive for Allah's blessing..


What am I doing...

Since i know that studying 

is not a reason for me for not obeying Allah's order...


What am I doing...

When I know the content of the Quran and the Sunnah

and have to spread it at least one word..


What am I doing..

Since I know that i can turn to Allah

whenever i feel lonely and homesick..

What am I doing...

Since I know that Allah has given me so much Blessings

and  yet I'm still be less thankful to Him..


What am I doing...What am I doing..

or...should i say...What are we doing...

Whenever you and me already knew..

That the FINAL DESTINATION is definitely going to come 

and we still yet..do not prepare that much..to meet Him on that 'special' day..

Astaghfirullah ( Forgive me , ya Allah)

-Nadiah-

*Allah = our the One and Only God

Jumaat, 11 November 2011

Buat baik berpada-pada?



'Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'

Rasanya macam pernah selalu aje dengar ayat ni, kan?...kadang-kadang rasa macam pelik sikit bila difikir fikirkan kembali..betul ke buat baik itu sentiasa kena berpada-pada? 
Tak boleh ke, kalo sentiasa nak buat baik? 
Ada yang kata, jangan jadi baik sangat, kang orang pijak kepala kita...
kita tak boleh jadik orang yang lemah!
Tapi...ada juga yang kata, baik itu bagus, boleh membawa kita dekat dengan syurgaNya..
hmmm...mana satu yang betul nih?

Kalau gitu...cuba kita tanya diri kita ,pernah atau tidak kita fikirkan, macam mana agaknya jika Allah itu berbuat baik pada kita hanya berpada-pada aja? Apa akan jadik ya pada kita? 
Agaknya...dosa kita yang bertimbun-timbun yang menggunung sampai kelangit itu, tak mungkin akan di ampunkan semuanya, bukan?  Kalau gitu...habislah kita...gulp! 
Alamatnya..
Syurga...Rezeki...Ketenangan hati..pertolongan Allah..
memang tak akan pernah kita dapat kot...

Tapi...Allah itu baik...malah Maha baik, Maha Penyayang, Maha Pengasih...
Dia bagi kita rezeki..walaupun kita selalu lewat-lewatkan waktu solat..
Dia bagi kita peluang terjaga on time nak pegi kesekolah..
walaupun solat subuh selalu kita tinggal...
Dia bagi kita sehat, walaupun jarang kita tak ucap alhamdulillah lepas perut dah kenyang...
Dia bagi kita lulus exam dan score dengan cemerlang,
walaupun kita sangat jarang baca Al-Quran..

Alang-alang kita cakap tentang bab kebaikan Allah...jom kita tengok dan renung sekejap petikan daripada Hadith di bawah ini :
 ....'Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepadaKu membawa kesalahan sebesar dunia,kemudian engkau datang kepadaKu tanpa menyekutukan aku dengan sesuatu pun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula' 
(HR. Tarmidzi ia berkata, "hadith ini hasan sahih", petikan Hadith Arba'in An-Nabawiyah dan terjemahannya, hadith 42 : Allah Pengampun segala Dosa)

SubhanAllah! Baikkan Allah? 
Jadi tanya pada diri kita..
Masih lagi mahu buat baik hanya berpada-pada? Especially pada Allah?
Even pada makhlukNya sekalipun..
tak salah untuk kita sentiasa berbuat baik dengan mereka...
dengan mengikut panduan yang diberikan...iaitu Al-Quran dan Sunnah.. 
supaya..hal yang kononnya, kita akan jadi orang yang di tindas..
hanya kerana ingin menjalankan kebaikan..boleh di elak..

Apa gunanya manual (Al-Quran dan Sunnah) jika kita tak gunakannya, bukan?
Ianya akan bantu kita supaya tak tergelincir dari jalan yang sepatutnya kita lalui, insyaAllah.

Allahualam

p/s : buat baik jangan hanya berpada pada dan mestilah sentiasa mengikut Al-Quran dan Sunnah, tapi buat jahat jangan sekali! :). Jumuah Mubarak !



Sabtu, 20 Ogos 2011

Tips Menghadapi 10 malam Terakhir Ramadhan

“O Allah, You are Most Forgiving One, You love to forgive, so forgive me.”



Khamis, 4 Ogos 2011

Selasa, 3 Mei 2011

Wudhu'

Salam semua. Harap semuanya sihat sahaja.

Saya terjumpa something dan nak share dengan semua, cara cara ambil wudhu' dengan betul.


Klik gambar untuk imej yang lebih besar.
source



Khamis, 14 April 2011

peduli palestin..

salam sume..

rasenya semua tahu kan akan ada program bersamamu Palestin di Hannover 23 April ni..so jom ramai2 luangkn mase untuk hadir di majlis ni..


untuk maklumat lanjut boleh layari blog ni ek... http://ukhwah-de.blogspot.com/

meh2 join contest2 yang dianjurkan...tunjukkan..KITA PEDULI PALESTIN!!!

Khamis, 24 Mac 2011

sayang mak ayah tak?

Salam semuaaaaa. Sebelum bermula, nak tanya, berapa kali korang calling calling rumah dalam seminggu? Atau contact/sms mak ayah dalam seminggu? Sekali je? Tak cukup tuuu :p  Mak saya selalu cakap, "anak mana nak rindu kat mak ayah, mak ayah je yg rindu kat anak".  Huuu, maafkan saya mak, kalau saya jarang contact. T.T Rindu tetap rindu, cuma tak terluahkan je, ye tak? Kita ni dah la anak perempuan kan, duk merantau jauhhhh kat negara orang. Kena lah selalu kirim berita supaya mereka tak risau. kan? kan kan? 

Ok ni semua ni sepatutnya kira basic untuk kita, tapi boleh check balik kot kot ada yang terlupa dan tertinggal mana mana bahagian. Nak baca, sila pegi sini k! Ni satu lagi artikel menarik dari Owh So Muslim! Menarik sebab visual dia pun menarik! hehe.



Renung renungkan dan selamat beramal! :)


ps: susah nak copy paste sebab banyak gambar. baca tauuu!

Doa aku tak makbul pon..ngape ek?

Salam Rabiatul Adawiyah..


Semalam, alhamdulillah, lepas baca Syai punye post..tetibe buatkan (k) may terpikir..mungkin dosa2 kecil yang kita buat boleh jadi penambah rencah yang boleh buatkan doakan kita tak diterima bukan?


Hmm...jadik (k)may nak ajak kita semua reflect balik + muhasabah diri ttg 10 perkara yg sangat2 membolehkan doa diterima...kita macam gitukah?


10 Jenis Perkara yang menyebabkan DOA tak diperkenankan
  1. katakan diri melakukan sesuatu kerana Allah, tapi kita tak tunaikan haknya
  2. katakan cinta pada Rasulullah, tapi tinggalkan sunnah Baginda
  3. katakan selalu tafsir dan baca Al-Quran, tapi tak terlintas untuk amalkannya dalam kehidupan..(ngape nak biar semua tuh dalam mimpi jek, bila bangun, hilang cam gitu jek)
  4. makan nikmat Allah , tapi tak tunaikan syukur padanya..hmm...sampai nak cakap Alhamdulillah pon sgt ssh
  5. Tahu syaitan itu musuh, tapi tak cuba langsung untuk cari jalan menetang dia.....mana pergi pendirian kita sebagai seorang muslimah?
  6. katakn syurga itu benar, tapi x beramal untuknya..( reflect balik siri dlam perkara yang terdekat contohnya solat,mencapai solat sempurna dahlah susah, ngape kita tambah lg kesusahan kita ngan lewat2kan sembahyang?...hmmm)
  7. katakan syurga itu benar neraka itu benar, tapi ngape tak cuba untuk lari darinya..( ambik part mengumpat sudahlah...Ya Allah jadikan mulut aku terkunci dr mengumpat diri orang lain dan saudara ku sendiri...)
  8. katakan tahu mati itu benar, tapi mengapa tak sedia untuk hadapinya...(sapa berani kata usia masih muda dan kita perlu enjoy dlo? kalo di ambil nyawa tgh beseronok..macam mana yek?)
  9. bila bangun pagi,celik aje mata, terus ceritakn keaiban orang lain tanpa pikir tentng keaiban diri sendiri... (masya Allah...jom kita tanyakan diri..benarkah kita begitu?)
  10. bila kita pergi kebumikan orang atau kita sendiri yang mengkebumikan orang, tak ambil iktibar pon darinya
Jadi macam mana sistersku sekalian...Adakah masih ada benda2 sebegini dalam diri kita. Bukan nak menghukum atau mengeji, tapi (k)may sekadar nak mengingatkan diri sendiri dan kalian, agar kita berpatah balik pada jalan yang btol selagi masih diberi peluang..

kalo mata dah terlena , mulut terkunci tak mampu berkata, badan kaku seperti batu semua tu dah tak berguna lagi.

Kita manusia biasa, insan yang lemah, sering alpa dan buat salah, tapi kita ade gute Chance untuk baiki semua tuh. So jom strive for the good deeds supaya nnt kita boleh jumpa balik diri masing2 kat sana dalam syurga yang indah! Jom!

so kat sini (k) may attachkan satu lagu untuk halwa telinga masing2 sambil2 kita mereflect diri sendiri..insyaAllah


Rabu, 23 Mac 2011

Salam

Assalamualaikum..

Ape khabar semua? Hope semua kawan2 sihat. InsyaAllah. Kat sini saye nak kongsi tentang 1 topic yg saye penah bace dekat satu blog tu, tapi saye x ingat blog ape,maaf. mungkin ade kawan2 yang pernah terbace atau pernh terdenga pasal ni. topic ni tentg perbandingen, "Berape org yg mati akibat dibaham harimau setahun? dan berape org pulak yg mati akibat nyamuk? " daripade satu statistik, bilangan manusia yg mati akibt nyamuk adalah jauh lagi tinggi daripada dibaham harimau. mesti ramai yg terkejut kan? sbb dari mate kasar nye, nyamuk ni kecik jek. lemah pulak tu. skali sepak dah mati. tak macam harimau. besa. garang. nampak dalam tv pon da kecut perut.
so macam ni la jugak kalau kite nak buat perbandingan tentang dosa kecil dan dosa besar. ibarat nye nyamuk sebagai dose kecil dan harimau sebgai dosa besar. disebab kan dosa kecil tu nampak ringan, kite yang memang dilahirkan sebagai muslim ni rase selesa. kite tak pernah buat dosa2 besar seperti berzina, membunuh, minum arak dan sebagainye. tapi dose2 kecil yg kite lalaikan selalu akan berkumpul menjadi semakin banyak dan menjadi dosa besar.

Antara contoh dosa kecil :
-melihat kepade bukan mahram
-suka bertengkar
-bercakap hal dunia dalam masjid

Imam Ghazali dalam kitab Ihya' Ulumuddin"
*6 sebab suatu dosa kecil akan berubah menjadi dosa besar
1) berterusan melakukannya
2) memandang remeh terhadap dosa itu
3) seronok melakukan dosa sehingga merasakan itu sebagai nikmat
4) pandang remeh bila Allah tutup dosanya dan kelembutan Allah menangguhkan pembalasan
5) buat dosa di hadapan org laen tanpa rase malu
6) org yg buat dosa adalah org alim.

Ade 1 lagi perbandingan yg tunjukkan manusia lebeh ambek berat tentang dosa besar . ni perbandingan yg sangat simple. "Manusia slalunye selesa tinggal di bandar dan pekan yg x ade harimau kiri dan kanan, tp kurang fikirkan pasl nyamuk yg ade kat mane2 sehingga bawa kemudaratan"

Untuk hapuskan dosa kecil tu pulak:
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Solat 5 waktu, solat Jumaat sehingga Jumaat berikutnya dan Ramadhan sehingga Ramadhan berikutnya menjadi penebus dosa2 kecil disela - sela waktu tersebut selama dijauhi dosa besar"
- Riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tarmizi dari Abu Hurairah

So kesimpulannye kat sini,walaupun dosa2 tu dinamakan dosa kecil, tapi bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh oleh umat Muslim.

Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Awasilah kamu sekalian dari dosa2 kecil dan remeh. Sesungguhnya ia akan berkumpul pada diri seseorang sehingga ia akan memusnahkannya (yakni dengan manjatuhkannya ke dalam dosa besar)

- Riwayat Imam Ahmad, at-Tabrani dan al-Baihaqi dari Abdullah bin Masu'd r.a

Semoga kite semua mengambil pengajaran terutama dari kisah Raja Namrud yang mati akibat nyamuk satu ketika dahulu.

ni link kalau sesiape nak tahu kisah Raja Namrud pade zaman Nabi Ibrahim :

Wallahua'lam

Jumaat, 18 Februari 2011

herzlichen glückwunsch zum geburtstag may!

Assalamualaikum
sekarang masih lagi sibuk dengan projek yang kne submit minggu depan.Projek plus Bericht tau.Alles auf Deutsch.huhu
Tapi dalam sibuk sibuk bushra ( sibuk buang masa..hehe), sempat juga bushra dan najwa dengan kawan kawan osna meraikan ulang tahun kelahiran May.yang ke berapa?May lahir 1987..ha kawan kawan boleh congak sendiri.hehe
Bushra duduk sekali dengan May,so agak susah nak buat surprise untuk dia.Jadi party kali ni di uruskan oleh najwa dan roomates dia (wawa dan iz) dan Aaina dari Hannover.
Kali ni birthday party May di buat di rumah najwa.Cuba teka apa menu malam ni?STEAMBOAT!!(kalo blog ade icon cm ym,leh ltk mcm2 bntk muka ni..hee)..n KEK yang di taja Aaina.so sepanjang minggu lepas (jumaat hingga ahad),bushra dan may berjaulah ke rumah Najwa.Majlis start around 8 pm.
Bushra rasa kak may dah tahu kot nak sambut birthday dia,dia pakai lawa lawa dah hari tu.hee May dari FH sebab sibk dengan projek kiteorang ni,so dalam pukul 7 lebih baru dia sampai rumah najwa.
Celebrate birthday may ni kat bilik wawa,memandangkan wawa ada lounge kecil kat corner dia.so semua pun dah siap siap(siap makeup lawa lawa sebab nak ambil gambar nanti.hee).Borak borak kejap then semua keluar bilik senyap senyap.Tinggalah may sorang sorang.Tapi kak may cakap pun kiteorang kat dapur pun boleh dengar.hehehe
HAPPY BIRTHDAY 2 U!HAPPY BIRTHDAY 2 U!HAPPY BIRTHDAY 2 NADIAH!HAPPY BiRTHDAY 2 U!..sambil nyanyi kite orang masuk la bawak kek.
kek kali ni bushra kasi 5 bintang.Kek coklat dengan inti daim.(Bushra rasalah).Tak cukup kalau sorang dapat 1 slice je.oh lupe,Aaina pun bawak bubuk jagung malam tu.makan besar la kami masa celebrate tu.
yang kelakarnya,hari tu senior ada kasi slow cooker kat kiteorang.ingatkan boleh la guna slow cooker tu buat steamboat.tapi tunggu punya tunggu sampai bushra dah habis tengok1 cerita pun kuah dia tak panas panas lagi.Boleh dengar perut semuanya bergendang.hehe.
hujung minggu tu kami habiskan masa bersama-sama di rumah najwa.Terubat rindu tengok kawan kawan solat berjemaah(time ni bushra cuti..huhu).Gambar nanti bushra update ek.

selamat hari lahir may!jadikan peningkatan umur ni sejajar dengan peningkatan diri as muslimah dan hamba bertakwa..