Jumaat, 11 November 2011

Buat baik berpada-pada?



'Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'

Rasanya macam pernah selalu aje dengar ayat ni, kan?...kadang-kadang rasa macam pelik sikit bila difikir fikirkan kembali..betul ke buat baik itu sentiasa kena berpada-pada? 
Tak boleh ke, kalo sentiasa nak buat baik? 
Ada yang kata, jangan jadi baik sangat, kang orang pijak kepala kita...
kita tak boleh jadik orang yang lemah!
Tapi...ada juga yang kata, baik itu bagus, boleh membawa kita dekat dengan syurgaNya..
hmmm...mana satu yang betul nih?

Kalau gitu...cuba kita tanya diri kita ,pernah atau tidak kita fikirkan, macam mana agaknya jika Allah itu berbuat baik pada kita hanya berpada-pada aja? Apa akan jadik ya pada kita? 
Agaknya...dosa kita yang bertimbun-timbun yang menggunung sampai kelangit itu, tak mungkin akan di ampunkan semuanya, bukan?  Kalau gitu...habislah kita...gulp! 
Alamatnya..
Syurga...Rezeki...Ketenangan hati..pertolongan Allah..
memang tak akan pernah kita dapat kot...

Tapi...Allah itu baik...malah Maha baik, Maha Penyayang, Maha Pengasih...
Dia bagi kita rezeki..walaupun kita selalu lewat-lewatkan waktu solat..
Dia bagi kita peluang terjaga on time nak pegi kesekolah..
walaupun solat subuh selalu kita tinggal...
Dia bagi kita sehat, walaupun jarang kita tak ucap alhamdulillah lepas perut dah kenyang...
Dia bagi kita lulus exam dan score dengan cemerlang,
walaupun kita sangat jarang baca Al-Quran..

Alang-alang kita cakap tentang bab kebaikan Allah...jom kita tengok dan renung sekejap petikan daripada Hadith di bawah ini :
 ....'Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepadaKu membawa kesalahan sebesar dunia,kemudian engkau datang kepadaKu tanpa menyekutukan aku dengan sesuatu pun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula' 
(HR. Tarmidzi ia berkata, "hadith ini hasan sahih", petikan Hadith Arba'in An-Nabawiyah dan terjemahannya, hadith 42 : Allah Pengampun segala Dosa)

SubhanAllah! Baikkan Allah? 
Jadi tanya pada diri kita..
Masih lagi mahu buat baik hanya berpada-pada? Especially pada Allah?
Even pada makhlukNya sekalipun..
tak salah untuk kita sentiasa berbuat baik dengan mereka...
dengan mengikut panduan yang diberikan...iaitu Al-Quran dan Sunnah.. 
supaya..hal yang kononnya, kita akan jadi orang yang di tindas..
hanya kerana ingin menjalankan kebaikan..boleh di elak..

Apa gunanya manual (Al-Quran dan Sunnah) jika kita tak gunakannya, bukan?
Ianya akan bantu kita supaya tak tergelincir dari jalan yang sepatutnya kita lalui, insyaAllah.

Allahualam

p/s : buat baik jangan hanya berpada pada dan mestilah sentiasa mengikut Al-Quran dan Sunnah, tapi buat jahat jangan sekali! :). Jumuah Mubarak !



Tiada ulasan:

Catat Ulasan